Hakcipta keseluruhan kandungan www.fuville.com dimiliki oleh Norizan Bin Sharif, kecuali dinyatakan sebaliknya. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengubah, menyalin, menterjemah, mengedar, menerbit, atau melesen mana-mana kandungan laman ini melainkan dengan cara dibenarkan atau mendapat kebenaran bertulis dari penerbit terlebih dahulu. 

Artikel | Iklan | Mengenali NOBISHA

NOBISHA atau Norizan bin Sharif dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin tegar di Kodiang, Kedah. Bapanya seorang buruh kasar, manakala arwah ibunya seorang suri rumah. Awalnya, Norizan bersekolah di kampung. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pengajian ke University of North Carolina at Charlotte.

 

Selepas tamat pengajian, Norizan pulang ke Malaysia. Setelah lebih 15 tahun bekerja, beliau kemudian menyambung pengajian dan memperolehi ijazah Sarjana Sains Pentadbiran (Masters in Administrative Science) dari Universiti Teknologi Mara

Norizan mempunyai pengalaman berkhidmat selama 28 tahun dalam sektor awam dan swasta di Malaysia. Norizan memulakan kerjaya sebagai pelatih pengurusan (management trainee) di Amanah Ikhtiar Malaysia. Dia kemudiannya menjawat pelbagai jawatan sehinggalah akhir sekali sebagai Pengarah Kanan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Norizan juga pernah aktif dalam pertubuhan sukarela. Beliau pernah dipilih sebagai Setiausaha Agung, Committee for Asean Youth Cooperation, dan Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia. Sewaktu memegang jawatan-jawatan tersebut, beliau menjadi delegasi ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan menyertai mesyuarat peringkat kementerian di negara-negara Asia.

Seorang yang berminat dengan pembangunan sumber manusia, Norizan pernah mengendalikan latihan di negara-negara China, Korea Selatan, Mongolia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Beliau juga menyertai persidangan antarabangsa di Botswana, Bahrain, dan Denmark.

Beliau mendapat pendedahan pertama dalam program antarabangsa sewaktu terpilih mewakili negara ke Asia-Europe Youth Responses to Globalisation yang dianjurkan oleh Asia-Europe Foundation di Copenhagen, Denmark pada tahun 1999.

 

Menurut Norizan, program itu telah mengubah cara beliau berfikir mengenai masa depan. Kata beliau, untuk membina masa depan, kita harus menjadi warga global yang inovatif dan kompetitif. ​

Blog Fuville Online ini dibangunkan bagi membuka minda pembaca untuk memeta dan membina masa depan yang kompetitif. Blog ini ditulis dalam Bahasa Melayu, lingua-franca kepada lebih 300 juta penduduk di Asia Tenggara.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram